“Ikan” Kuda Laut

Standard

images (2)

Kuda laut adalah sejenis ikan yang hidup di laut dari kumpulan famili Syngathidae. Mengikut ‘World Register of Marine Species, terdapat 53 jenis kuda laut dan kebayakkannya menghuni pengairan tropika. Panjang kuda laut berbeza antara satu sama lain iaitu dari 1 inci hingga ke 14inci.

1215596-camouflaged-sea-horse-dragon

Kuda laut boleh mengubah warna kulit mereka mengikut persekitaran dan ketika mereka tekanan. Terdapat beberapa spesis kuda laut yang mempunya warna yang lutsinar sehingga tidak mudah dilihat.

PROSES PEMBIAKAN

Kuda Laut adalah satu-satunya mamalia yang berbeza dengan mamalia yang lain dari segi pembiakan kerana kuda laut jantan yang melahirkan anak, bukannya kuda laut betina.

6a00e54f114172883401156f1b3cf7970c-300wi

Proses ini berlaku apabila kuda laut betina mendepositkan/membuang telur-telurnya ke dalam poket kuda laut jantan. Kuda laut jantan akan membawa telur-telur ini di dalam poket mereka sehingga 45 hari. Sepanjang proses kehamilan ini, kuda laut jantan akan menghasilkan hormon yang sama seperti mamalia betina lain yang bunting.

Dibawah ini adalah video di mana kita dapat lihat bagaimana kuda laut jantan melahirkan anak-anak mereka melalui poket.

Antara fakta-fakta menarik mengenai kuda laut adalah:

  • Terdapat kuda laut yang bersaiz lebih kecil dari 1 inci iaitu Pygmy Seahorse

pygymy

Pygmy Seahorse

  • Kuda laut adalah ikan yang paling perlahan di lautan. Mengikut ‘Guinness World of Record’, Dwarf Seahorse mengambil masa 1 jam untuk bergerak sejauh 5 kaki.
  • Kuda laut tidak mempunyai sisik seperti ikan-ikan yang lain, hanya kulit sahaja.
  • Dalam usaha memenangi hati kuda laut betina, kuda laut jantan akan menari dan memancutkan air dari poket mereka untuk menunjukkan yang pket mereka kosong.
  • Haiwan yang rmantik. Mereka akan menggulung ekor antara satu sama lain semasa ‘berjalan-jalan’ di lautan.

images (3)

  • Apabila sedang berehat, kuda laut akan menggulungkan ekor mereka pada batu karang atau rumpai laut bagi mengelakkan mereka terapung di lautan.
  • Kuda laut betina akan deposit lebih kurang 1,500 telur kedalam poket kuda laut jantan
  • Kurang dari 1% sahaja anak kuda laut yang berjaya membesar sehingga matang.
  • Kuda laut tidak mempunyai gigi dan perut. Kerana itu mereka akan selalu makan kerana mengalami proses pencernaan yang cepat.

Seahorse_bw

Walaubagaimanapun, populasi kuda laut semakin terancamkerana penangkapan yang berlebihan.  Kuda laut digunakan dalam perubatan Cina dan setiap tahun, 20juta kuda laut telah di tangkap untuk memenuhi keperluan perubatan ini.

About these ads

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s