Arnab a.k.a Kelinci

Standard

images (4)

Arnab adalah antara haiwan peliharaan yang sangat comel. Ia adalah haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpula famili Leporidae. Arnab mendapat nama dari bahasa Arab yang bermaksud arnab. Manakala kelinci digunakan dalam bahasa Indonesia. Ia berasal dari bahasa Belanda, konijntje yang bermaksud anak arnab. Manakala nama saintifik Leporidae pula berasal dari Lepus yang bermaksud arnab dalam bahasa Latin.

images (3)

Anak arnab tidak mempunyai bulu apabila dilahirkan. Maka, untuk memanaskan badan, anak arnab akan berpelukan antara satu sama lain di dalam tempat tinggal mereka.

download

Telinga arnab yang panjang boleh berpusing ke mana-mana arah untuk membantu arnab mendengar bunyi yang paling halus. Apabila merasai sebarang bahaya, arnab akan mengangkat kaki belakang mereka untuk memberitahu perkara itu kepada arnab-arnab yang lain.

download (1)

Kebiasaannya, arnab tinggal secara berkumpulan di dalam tanah. Mereka makan rumput, daun, lobak dan kulit pokok.

** 10 FAKTA MENARIK TENTANG ARNAB..

  1. Gigi arnab tidak pernah berhenti membesar
  2. Arnab tidak boleh muntah
  3. Kebiasaannya ibu arnab hanya menyusukan anak mereka 5 minit sehari
  4. Najis arnab adalah antara baja yang terbaik
  5. Arnab ada 28 gigi
  6. Arnab boleh melihat  bahagian belakang mereka, tetapi terdapat ‘blind spot’ di hadapan muka mereka
  7. Apabila arnab gembira, mereka akan melompat dan berpusing-pusing
  8. Arnab boleh mengandung seawal umur 3 bulan
  9. Arnab hanya berpeluh di bahagian tapak kaki mereka sahaja
  10. Arnab peliharaan boleh hidup sehingga 10 tahun

~”The difference between sentiment and being sentimental is the following: Sentiment is when a driver swerves out of the way to avoid hitting a rabbit on the road. Being sentimental is when the same driver, when swerving away from the rabbit, hits a pedestrian.”~ Frank Herbert 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s