“Kudaku lari gagah berani..”

Standard

Kuda adalah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil, bulu tengkuk dan ekor yang panjang. Ia merupakan salah satu daripada 10 spesis moden dalam famili Equus. Nama saintifik kuda adalah Equus Caballus atau Equus Ferus Caballus.

kuda

Kuda memainkan peranan yang penting dalam ekonomi beribu-ribu tahun dahulu. Ia digunakan sebagai pengangkutan bagi manusia dan mengangkut barang-barang muatan.

Manusia juga membiakbakakan kuda mereka dengan pelbagai tujuan, sifat dan keupayaan. Contohnya Kuda Belima, dibakakan untuk melahirkan kuda dengan kelajuan yang diperlukan untuk perlumbaan kuda.

gg3

Kuda dilahirkan tanpa gigi. Diantara 6-9 bulan pertama kelahiran, anak kuda akan mempunyai kesemua gigi susu. Seperti manusia, kuda akan hilang kesemua gigi susu apabila memasuki umur 5-6 tahun.

gg

Gigi kuda mengambil ruang yang lebih banyak di bahagian kepala berbanding otak kuda itu sendiri. Bagi kuda dewasa, bilangan gigi kuda jantan adalah 40 batang gigi, manakala bagi kuda betina pula adalah 36 batang gigi.

gg2

Kebiasaannya, kuda tidur 2-3 jam sehari dan akan tidur lebih lama di musim panas berbanding musim sejuk. Kuda juga boleh berdiri secara baring dan juga berdiri. Dalam sehari, kuda hanya baring sekitar 43 minit sahaja.

images (1)

Antara fakta-fakta menarik tentang kuda adalah:

  • Kuda mempunyai ingatan yang lebih bagus berbanding gajah.
  • Kuda mempunyai mata yang paling besar berbanding dengan semua haiwan di daratan.
  • Di Australia, tiada kuda sehingga 1788.
  • Kuku kuda dianggarkan tumbuh 1/4 inci sebulan.
  • Kuda adalah ‘Maskot Kebangsaan’ bagi negari New Jersey.
  • Ford’s Mustang telah mendapat nama dari seekor kuda.
  • Kuda adalah mamalia herbivor
  • Kuda mempunyai 205 tulang
  • Kuda tidak suka pada bau babi
  • Anak kuda boleh berlari tidak lama selepas dilahirkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s