Sang Jerung..

Standard

Yu atau jerung adalah sekelompok ikan (superordo Selachimorpha) dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Mereka bernafas dengan menggunakan insang yang terletak disisi atau di belakang badan mereka. Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit mereka dari kerosakan, dari parasit, dan untuk memperbaiki dinamik cecair.

Yu telah wujud lebih 300juta tahun dahulu, iaitu sebelum kewujudan dinasor. Terdapat 350 spesis yu, tetapi para pengkaji berpendapat bahawa terdapat banyak lagi spesis yu yang masih belum ditemui.

yu

Perbezaan diantara ikan yu jantan dan ikan yu betina dari segi fizikal adalah ikan yu jantan mempunya ‘clasper’ pada ‘pelvic fins’ mereka. Bagi ikan yu betina, mereka tidak mempunyai ‘clasper’. Selain itu, ikan yu betina juga lebih besar dan lebih agresif daripada ikan yu jantan.

Ikan Yu yang paling kecil adalah Yu Pigmi, Euprotomicrus bispinatus, sebuah spesies dari laut dalam yang panjangnya hanya 22 cm, lebih kurang sebesar tapak tangan. Manakala ikan yu yang paling besar pula ialah Yu Paus, Rhincodon typus, yang membesar sehingga sekitar 12 meter, ataupun sebesar sebuah bas.

yupigmi

 

Yu Pigmi

yuwhale2

yuwhale

Yu Paus

Gigi ikan jerung yang terbesar adalah sepanjang 6 inci. Ia adalah kepunyaan “Carcharodon Magaloden shark” yang telah hidup lebih daripada 4.5 juta tahun dahulu. Sepanjang riwayat hidup seekor ikan yu, lebih kurang 30,000 batang gigi telah tumbuh. Bilangan gigi yang banyak ini adalah kerana apabila gigi yu rosak atau patah, gigi baru akan tumbuh menggantikan gigi yang rosak itu.

yu4

yu3

FAKTA -FAKTA MENARIK TENTANG IKAN YU

Antaranya ialah:

  • Yu tidak mempunyai tulang.
  • OrangHawaii percaya bahawa yu adalah penjaga samudra, dan mereka disebut Aumakua. Kerana itulah terdapat banyak Dewa Yu di dalam Mitologi Hawaii.
  • Badan yu lebih berat daripada lautan. Jika yu tidak bergerak, mereka akan tenggelam.Maka, bagi memastikan mereka timbul di dalam air, mereka mestilah sentiasa bergerak.
  • “Nurse Shark” dikatakan yu yang paling malas kerana mereka tidak mahu bergerak apabila tiba musim sejuk.
  • “Basking Shark” adalah ikan yu ke-2 terbesar didunia.
  • “Shortfin mako shark” bergerak lebih laju daripada kereta Porche.
  • “Blue shark” berenang dalam kumpulan saiz dan jantina yang sama, semua jantan atau kesemuanya betina.
  • “Greenland sharks” adalah ikan yu yang bergerak paling perlahan.
  • Antara spesis ikan yu yang paling bahaya adalah “Bull Shark”, ” Tiger shark” dan “Great White Shark”.

tiger

Tiger Shark

bull

 

Bull Shark

gw

Great White Shark

  • Tidak banyak kes yang melibatkan ikan yu dan manusia. Ini kerana kebiasaannya ikan yu tidak akan menyerang manusia kecuali mereka rasa terancam. Namun begitu, manusia telah dipengaruhi bahawa ikan yu bersifat antagonis melalui cerita “Jaws”.

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s