Bahagian 1: 10 LUBANG DI DUNIA..

Standard

Terdapat banyak lubang-lubang di seluruh dunia yang menjadi tarikan para pencinta alam semulajadi di seluruh dunia. Tidak kiralah ianya adalah lubang semulajadi ataupun lubang buatan manusia. Bagi bahagian 1 ini, kita akan jelajahi 5 lubang dahulu, dan selebihnya akan dijelajahi di bahagian ke-2 nanti.

1. KIMBERLY BIG HOLE – SOUTH AFRICA

4hole

4hole2

 

Juga dikenali sebagai ” Big Hole” atau “Open Mine”, Kimberly Mine adalah lubang besar dan lombng bawah tanah yang terletak di Kemberly, South Africa. Ia dikatakan lubang terbesar yang digali menggunakan tangan. Lombong ini memulakan operasinya pada tahun 1871 dan telah ditutup pada tahun 1914.

2. BURNING GATES OF TURKMENISTAN

3hole1

Derweze atau di dalam bahasa Turkmen yang bermaksud “The Gate” adalah sebuah kampung di Turkmenistan yang terletak di Gurun Karakum. Pada tahun 2004, di atas arahan Tuan Presiden, perkampungan ini telah dibubarkan kerana ianya memberikan pemandangan yang tidak menarik untuk para pelancong.

3hole2

Burning Gates sangat kaya dengan gas semulajadi. Bagi mengelakkan pengeluaran gas beracun, lubang ini telah di bakar dengan harapan kebakaran itu akan menggunakan kesemua gas tersebut dalam tempoh beberapa hari. Namun begitu, gas tersebut masih lagi terbakar sehingga ke hari ini. Kerana fenomena ini lah, lubang ini telah digelar “Door to Hell”.

3. MIRNY DIAMOND MINE OF SIBERIA

1hole

Operasi perlombongan berlian ini telah bemula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 2011. Berkeluasan sedalam 525m dan berdiameter 1,200m. Ruaqng udara diatas lombong ini ditutup untuk laluan helikopter kerana terdapat insiden dimana sebuah helikopter telah ditarik oleh udara di bahagian bawah lombong ini.

1hole2

4. GREAT BLUE HOLE, BELIZE

2hole2

Terletak 70km dari bandar Belize, terdapat 1 lubang di bawah permukaan air yang digelar “Great Blue Hole”. Selain sebahagian daripada ” Belize Barrier Reef System”, Great Blue Hole juga adalah salah satu daripada tempat bersejarah di dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Great Blue Hole terjadi pada zaman beku di mana paras air laut adalah rendah. Apabila zaman beku telah tamat, lubang ini telah tenggelam di bawah permukaan air.

2hole

Dengan kedalaman 124m dan berdiameter 300m, Great Blue Hole menjadi salah satu tumpuan penyelam di seluruh dunia di mana pelbagai spesis ikan yang jarang ditemui dapat ditemui di Great Blue Hole. Antaranya ialah Nurse Shark, Caribbean Reef Shark dan Blacktip Shark.

 

5. BINGHAM CANYON MINE, UTAH

5hole

 

Bingham Canyon Mine juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine. Mula dilombong sejak 1906, Bingham Canyon Mine telah dilombong sedalam 0.97km, dengan kelebaran 4km dan merangkumi keluasan seluas 1,900 ekar. Pada tahun 1966, ia telah di klasifikasikan sebagai “National Historic Landmark” di bawah nama ” Bingham Canyon Open Pit Copper Mine”.

5hole2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s