Lipas

Standard

Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.

Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak. Antara spesis lipas yang terkenal adalah lipas Amerika, lipas German dan lipas belang coklat. Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar.

german

 

Lipas German

belang coklat

 

Lipas Belang Coklat

american

Lipas Amerika

size

Kitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut:

– Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur.
– Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ).
– Nimfa bersalin kulit beberapa kali.
– Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa.
– Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur.

index

Antara fakta menarik tentang lipas adalah:

  1. Lipas boleh hidup selama sebulan tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup selama seminggu tanpa air.
  2. Lipas boleh hidup seminggu tanpa kepala.
  3. Lipas makan apa sahaja seperti sabun, buku dan rambut.
  4. Lipas mempunyai sekurang-kurangnya 18 lutut.
  5. Fossil lipas menunjukkan bahawa lipas telah wujud lebih kurang 350 juta tahun dahulu, sejak zaman dinasour lagi.Keadaan lipas sama sahaja sejak dulu hingga sekarang.
  6. Lipas didapati membawa lebih 40 bakteria atau virus di badannya yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
  7. Lipas adalah antara haiwan paling laju di daratan. Ia boleh berlari sejauh 3 batu dalam masa sejam.
  8. Lipas hanya mempunyai kepak apabila dewasa.
  9. Semua jenis spesies mempunyai badan yang leper yang membolehkan mereka menyorok dalam tempat yang retak dan rekah.
  10. Lipas German mempunyai pad pada kaki yang membolehkan mereka memanjat semua jenis permukaan dengan mudah. Sebab itu mereka juga boleh dijumpai lebih tinggi daripada aras lantai.
  11. Lipas mencuci badan mereka dengan menggunakan mulut. Ini adalah cara utama racun memasuki badan mereka(ditelan).
  12. Najis lipas bersaiz kecil kurang daripada 1-2 mm panjang dan berbentuk silinder, berwarna perang atau hitam. Kadangkala saiznya yang besar akan disangka najis anak tikus.
  13. Lipas yang terberat adalah 33.5 g Macropanesthia rhinoceros manakala spesies terkecil adalah Attaphila fungicola, mencecah hanya 3 mm.

images

508615436_8a8c782ad0_z

Telur Lipas

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s