Category Archives: Alam Semulajadi

Bahagian 2 : 10 Lubang Di Dunia

Standard

6. Monticello Dam

6.1

Terletak di Utara California, Monticello Dam adalah corong terbesar di dunia. Apabila kandungan air sudah melebihi kapasiti, air akan mengalir keluar melalui corong tersebut.

6.3

6.2

Jarak dari corong ke tempat keluar air yang terletak di bahagian selatan Canyon adalah kira-kira 700 kaki. Semasa musim panas, apabila ketinggian air di tasik Berryessa berkurangan, pemain papan luncur dan basikal akan menggunakan corong tersebut sebagai salah satu tempat untuk mereka bersukan.

6.4

7. Diavik Diamond Mine

7.2

7.1

Diavik Diamond Mine adalah lombong berlian terbesar di Kanada. Diavik telah wujud ekoran daripada penemuan 4 tempat penyimpanan berlian yang di panggil “kimberlite pipes”pada tahun 1994 and 1995. Pembinaan lombong ini telah bermula pada tahun 2001 dan pengeluaran bermula pada Januari 2003. Pada Mac 2010, perlombongan bawah tanah telah bermula di Diavik.

8. Guatemala Sinkhole

8.1

Lubang yang telah menelan bangunan 3 tingkat ini, mengikut pandangan ahli geologi, kemungkinan besar telah terjadi ekoran daripada perbuatan manusia, bukannya kesan alam semulajadi. Lubang yang terbentuk pada tahun 2010 di Guatemala City dianggarkan berkeluasan 60 kaki lebar dan berkedalaman 300 kaki dan dijangka lubang ini boleh semakin membesar.

8.2

9. Huquicamata Copper Mine

9.3

9.2

Chuquicamata atau lebih dikenali sebagai “Chuqui” terletak di utara Chile dan telah mula dilombong pada lewat 1960 dari akhir 1960 sehingga awal 1970. Dengan kedalaman 850 meter atau 2,970 kaki, Chuqui adalah lombng kedua terbesar didunia selepas Bingham Canyon Mine di Utah, USA.

10. Udachnaya Pipe

10

Udachnaya yang terletak di Rusia telah ditemui pada Jun 1955, 2 hari selepas penemuan Mirny Mine. Dengan kedalaman lebih 600 meter atau 1,970 kaki, Udachnaya adalah lombong ke-3 terbesar di dunia selepas Bingham Canyon dan Chuquicamata.

Advertisements

Bahagian 1: 10 LUBANG DI DUNIA..

Standard

Terdapat banyak lubang-lubang di seluruh dunia yang menjadi tarikan para pencinta alam semulajadi di seluruh dunia. Tidak kiralah ianya adalah lubang semulajadi ataupun lubang buatan manusia. Bagi bahagian 1 ini, kita akan jelajahi 5 lubang dahulu, dan selebihnya akan dijelajahi di bahagian ke-2 nanti.

1. KIMBERLY BIG HOLE – SOUTH AFRICA

4hole

4hole2

 

Juga dikenali sebagai ” Big Hole” atau “Open Mine”, Kimberly Mine adalah lubang besar dan lombng bawah tanah yang terletak di Kemberly, South Africa. Ia dikatakan lubang terbesar yang digali menggunakan tangan. Lombong ini memulakan operasinya pada tahun 1871 dan telah ditutup pada tahun 1914.

2. BURNING GATES OF TURKMENISTAN

3hole1

Derweze atau di dalam bahasa Turkmen yang bermaksud “The Gate” adalah sebuah kampung di Turkmenistan yang terletak di Gurun Karakum. Pada tahun 2004, di atas arahan Tuan Presiden, perkampungan ini telah dibubarkan kerana ianya memberikan pemandangan yang tidak menarik untuk para pelancong.

3hole2

Burning Gates sangat kaya dengan gas semulajadi. Bagi mengelakkan pengeluaran gas beracun, lubang ini telah di bakar dengan harapan kebakaran itu akan menggunakan kesemua gas tersebut dalam tempoh beberapa hari. Namun begitu, gas tersebut masih lagi terbakar sehingga ke hari ini. Kerana fenomena ini lah, lubang ini telah digelar “Door to Hell”.

3. MIRNY DIAMOND MINE OF SIBERIA

1hole

Operasi perlombongan berlian ini telah bemula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 2011. Berkeluasan sedalam 525m dan berdiameter 1,200m. Ruaqng udara diatas lombong ini ditutup untuk laluan helikopter kerana terdapat insiden dimana sebuah helikopter telah ditarik oleh udara di bahagian bawah lombong ini.

1hole2

4. GREAT BLUE HOLE, BELIZE

2hole2

Terletak 70km dari bandar Belize, terdapat 1 lubang di bawah permukaan air yang digelar “Great Blue Hole”. Selain sebahagian daripada ” Belize Barrier Reef System”, Great Blue Hole juga adalah salah satu daripada tempat bersejarah di dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Great Blue Hole terjadi pada zaman beku di mana paras air laut adalah rendah. Apabila zaman beku telah tamat, lubang ini telah tenggelam di bawah permukaan air.

2hole

Dengan kedalaman 124m dan berdiameter 300m, Great Blue Hole menjadi salah satu tumpuan penyelam di seluruh dunia di mana pelbagai spesis ikan yang jarang ditemui dapat ditemui di Great Blue Hole. Antaranya ialah Nurse Shark, Caribbean Reef Shark dan Blacktip Shark.

 

5. BINGHAM CANYON MINE, UTAH

5hole

 

Bingham Canyon Mine juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine. Mula dilombong sejak 1906, Bingham Canyon Mine telah dilombong sedalam 0.97km, dengan kelebaran 4km dan merangkumi keluasan seluas 1,900 ekar. Pada tahun 1966, ia telah di klasifikasikan sebagai “National Historic Landmark” di bawah nama ” Bingham Canyon Open Pit Copper Mine”.

5hole2

Bunga-bungaan..

Standard

Bulan Februari adalah antara bulan yang mencatatkan jualan bunga tertinggi di seluruh dunia. Semuanya adalah kerana sambutan Hrai Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun. Tetapi bagi kita sebagai umat Islam, kita dilarang menyambut hari kekasih.

download

Bunga adalah tumbuhan yang cantik dan datang dalm pelbagai warna, bentuk, bau dan saiz. Terdapat lebih 250,000 spesis bunga yang wujud di atas muka bumi ini. Bunga juga boleh melambangkan sesuatu yang penting dalam budaya sesetengah negara. Antaranya ialah:

  • Bunga ros – simbol untuk cinta, kecantikan dan keghairahan
  • Bunga popi – lambang untuk menyenangkan hati pada masa terdapat kematian. Contohnya di United Kingdom, Kanada dan Australia, bunga popi merah di pakai untuk memperingati askar-askar yang telah mati.
  • Bunga daisi – lambang kesucian hati

Antara fakta-fakta menarik tentang bunga adalah:

Nice-Tulip-bulbs-300x150

Tulip Bulb

  • Pada kurun ke-17 di Holland, Tulip Bulb lebih berharga daripada emas. Ia juga melambangkan maruah, kehidupan dan cinta.
  • Tulip hanya hidup antara 3 – 7 hari sahaja.

chrysantemum

Chrysanthemum

  • Di Malta, Chrysanthemum dianggap bunga yang malang kerana digunakan semasa upacara pengebumian.
  • Brokoli dianggap sebagai bunga dan juga sayur-sayuran.
  • Fosil bunga yang dipercayai tertua didunia ditemui di timur laut China pada tahun 2002. Ia kepunyaan bunga jenis Archaefructus yang hidup 125 juta tahun dahulu dan membentuk ‘water lily’.
  • Dalam kebanyakan resepi, bawang boleh digantikan dengan Tulip Bulb.

bluebell-flowers-300x225Bluebell Flower

  • Pada zaman dahulu, jus dari ‘Bluebell Flower’ digunakan untuk menghasilkan gam.

moon-flower-300x225

Moon Flower

  • ‘Moon Flower’ hanya kembang pada waktu malam dan kuncup pada siang hari.

images (1)

images

Bunga Matahari

  • ‘Bunga Matahari’ bergerak sepanjang hari mengikut pergerakan matahari dari timur ke barat.
  • ‘Bunga Matahari’ juga adalah antara bunga yang tertinggi didunia. Ia boleh membesar setinggi 25 kaki.

rfflesia
Rafflesia

  • Bunga yang paling busuk di dunia adalah bunga ‘Rafflesia’. Ia menarik perhatian lalat kerana baunya yang seperti daging busuk.

~Life is the flower for which love is the honey. –  Victor Hugo~

Grand Canyon, Arizona

Standard

Canyon adalah jurang yang dalam di antara tebing-tebing curam yang kebiasaannya di bentuk oleh sungai. Canyon     berasal dari bahasa Spanish. Ia biasa digunakan di Amerika syarikat. Manakala di Eropah, perkataan Gorge digunakan.

gc

gc5

Grand Canyon

Gaung yang terbesar di dunia terletak di Arizona, Amerika Syarikat iaitu Grand Canyon. Ia adalah sebuah gaung yang mempunyai kedalaman melebihi 5,000 kaki (1,500m) serta panjang 277 batu (446km). Ia terbentuk oleh Sungai Colorado yang memotong sebatang saluran.

Bahagian sisi Grand Canyon terbina daripada lapisan-lapisan batu yang berwarna-warni. Lapisan batu yang paling bawah telah terbina hampir 2 billion tahun dahulu.

gc2

gc3

gc4

Antara fakta menarik mengenai Grand Canyon:

  • Grand Canyon telah menjadi Taman Negara Amerika pada tahun 1919.
  • Ia adalah taman negara ke-17 di Amerika Syarikat.
  • Grand Canyon menerima kunjungan lebih kurang 5 juta pelancong setiap tahun.
  • Ekspedisi pertama ke Grand Canyon telah dilakukan oleh John Wesley Powell pada tahun 1869.
  • Nama Grand Canyon telah diberikan oleh beliau.
  • Memerlukan permit jika ingin melakukan perkhemahan pada waktu malam.

Antara gaung-gaung yang lain adalah:

cc

copper-canyon-mexico

 

Copper Canyon di Chihuahua, Mexico

fishriver2

fishriver

Fish River Canyon, Namibia. Canyon yang terbesar di Afrika.

yrlg2

yrlg

Yarlung Tsangpo Grand Canyon, Tibet.

kali2

kali

Kali Gandaki Gorge, Nepal

~”The wonders of the Grand Canyon cannot be adequately represented in symbols of speech, nor by speech itself. The resources of the graphic art are taxed beyond their powers in attempting to portray its features. Language and illustration combined must fail.” – John Wesley Powell

 

Antara Air Terjun yang Menarik

Standard

images (2)

Apabila air dari sungai bertembung dengan tebing curam dan jatuh ke bawah, ia di panggil air terjun. Air terjun adalah antara ciptaan Tuhan yang sangat cantik, menarik ,mengagumkan dan menenangkan. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati kerana tenaga/kuasa dari air terjun ini sangat kuat dan boleh menyebabkan kes-kes lemas dan sebagainya.

images (1)

Tenaga atau kuasa dari air terjun ini sangat kuat. Banyak stesen janakuasa menggunakan air terjun untuk menghasilkan elektrik. Bagaimana ia terhasil?? Apabila air dari air terjun ini mengalir melalui paip bawah tanah, tenaga dari air terjun itu akan memutarkan roda dan enjin. Putaran itu akan membantu menghasilkan tenaga elektrik.

Antara air terjun yang menarik di dunia ialah:

Niagara-Falls1

images (3)

images (4)

Air Terjun Niagara

Air terjun Niagara sememangnya terkenal antara air terjun yang paling menarik. Ia terletak di Utara Amerika. Setiap saat, 3,160 tan air mengalir melalui air tejun ini pada kelajuan 20 batu sejam.

download (2)

download

download (1)

Angel Falls

Air terjun tertinggi di dunia adalah Angel Falls yang terletak di Venezuela. Air terjun ini mengalir dari atas gunung yang rata dan berketinggian lebih dari 3,000 kaki.

IGUAZU-WATERFALLS1

Air Terjun Iguazu, Argentina

Air terjun Iguazu terdiri daripada 250 air terjun dan 1.3 juta tan air mengalir setiap saat.

seljalandsfoss-chasing-waterfall

Air Terjun Chasing, Iceland

Air terjun Chasing mengalir setinggi 130 kaki dan kita masih lagi boleh melihat air terjun ini walaupun di bahagian belakang air terjun ini.

GOCTA-CATARACTS-PERU

Gocta Cataracts, Peru

Air terjun ini berada di dalam Hutan Amazon. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, air terjun ini membawa sumpahan kepada mereka.

jog-falls-india

Jog Falls, India

Dengan ketinggian 250 meter, Jog Falls adalah air terjun tertinggi di India. Ia juga menjana hydro-elektrik terbesar di India.

~Air Terjun Jelawang yang terletak di Kelantan  adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 303 meter~