“Ikan” Kuda Laut

Standard

images (2)

Kuda laut adalah sejenis ikan yang hidup di laut dari kumpulan famili Syngathidae. Mengikut ‘World Register of Marine Species, terdapat 53 jenis kuda laut dan kebayakkannya menghuni pengairan tropika. Panjang kuda laut berbeza antara satu sama lain iaitu dari 1 inci hingga ke 14inci.

1215596-camouflaged-sea-horse-dragon

Kuda laut boleh mengubah warna kulit mereka mengikut persekitaran dan ketika mereka tekanan. Terdapat beberapa spesis kuda laut yang mempunya warna yang lutsinar sehingga tidak mudah dilihat.

PROSES PEMBIAKAN

Kuda Laut adalah satu-satunya mamalia yang berbeza dengan mamalia yang lain dari segi pembiakan kerana kuda laut jantan yang melahirkan anak, bukannya kuda laut betina.

6a00e54f114172883401156f1b3cf7970c-300wi

Proses ini berlaku apabila kuda laut betina mendepositkan/membuang telur-telurnya ke dalam poket kuda laut jantan. Kuda laut jantan akan membawa telur-telur ini di dalam poket mereka sehingga 45 hari. Sepanjang proses kehamilan ini, kuda laut jantan akan menghasilkan hormon yang sama seperti mamalia betina lain yang bunting.

Dibawah ini adalah video di mana kita dapat lihat bagaimana kuda laut jantan melahirkan anak-anak mereka melalui poket.

Antara fakta-fakta menarik mengenai kuda laut adalah:

  • Terdapat kuda laut yang bersaiz lebih kecil dari 1 inci iaitu Pygmy Seahorse

pygymy

Pygmy Seahorse

  • Kuda laut adalah ikan yang paling perlahan di lautan. Mengikut ‘Guinness World of Record’, Dwarf Seahorse mengambil masa 1 jam untuk bergerak sejauh 5 kaki.
  • Kuda laut tidak mempunyai sisik seperti ikan-ikan yang lain, hanya kulit sahaja.
  • Dalam usaha memenangi hati kuda laut betina, kuda laut jantan akan menari dan memancutkan air dari poket mereka untuk menunjukkan yang pket mereka kosong.
  • Haiwan yang rmantik. Mereka akan menggulung ekor antara satu sama lain semasa ‘berjalan-jalan’ di lautan.

images (3)

  • Apabila sedang berehat, kuda laut akan menggulungkan ekor mereka pada batu karang atau rumpai laut bagi mengelakkan mereka terapung di lautan.
  • Kuda laut betina akan deposit lebih kurang 1,500 telur kedalam poket kuda laut jantan
  • Kurang dari 1% sahaja anak kuda laut yang berjaya membesar sehingga matang.
  • Kuda laut tidak mempunyai gigi dan perut. Kerana itu mereka akan selalu makan kerana mengalami proses pencernaan yang cepat.

Seahorse_bw

Walaubagaimanapun, populasi kuda laut semakin terancamkerana penangkapan yang berlebihan.  Kuda laut digunakan dalam perubatan Cina dan setiap tahun, 20juta kuda laut telah di tangkap untuk memenuhi keperluan perubatan ini.

Advertisements

127 HOURS…

Standard

 

Filem 127 Hours yang telah di tayangkan di pawagam pada tahun 2010 telah diadaptasi dari sebuah kisah benar. Ia mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja lelaki yang bernama Aron Ralston di Taman Negara Utah Canyonland pada tahun 2003.

Apabila tiba di Blue John Canyon, sesuatu yang tidak diduga telah terjadi. Aron Ralston telah terjatuh ke dalam gaung dan tangan beliau telah tersepit oleh batu yang jatuh. Dengan hanya berbekalkan air mineral dan video kamera, Aron berusaha dengan pelbagai cara untuk menyelamatkan diri beliau.

Selepas 127 jam, akhirnya Aron Ralston yang keletihan dan terdesak, terpaksa memotong tangan kanannya sendiri menggunakan pisau untuk keluar dari gaung itu.~

**Canyon sememangnya antara salah satu keindahan alam yang sangat cantik, menarik dan meninggalkan 1 perasaan teruja bagi setiap pencinta alam semulajadi untuk pergi dan lihat sendiri keajaiban dunia ini dengan mata sendiri. Pelbagai perkara boleh terjadi. Oleh itu pastikan anda sentiasa berhati-hati dan tidak berseorangan apabila pergi ke tempat seperti canyon..~

Grand Canyon, Arizona

Standard

Canyon adalah jurang yang dalam di antara tebing-tebing curam yang kebiasaannya di bentuk oleh sungai. Canyon     berasal dari bahasa Spanish. Ia biasa digunakan di Amerika syarikat. Manakala di Eropah, perkataan Gorge digunakan.

gc

gc5

Grand Canyon

Gaung yang terbesar di dunia terletak di Arizona, Amerika Syarikat iaitu Grand Canyon. Ia adalah sebuah gaung yang mempunyai kedalaman melebihi 5,000 kaki (1,500m) serta panjang 277 batu (446km). Ia terbentuk oleh Sungai Colorado yang memotong sebatang saluran.

Bahagian sisi Grand Canyon terbina daripada lapisan-lapisan batu yang berwarna-warni. Lapisan batu yang paling bawah telah terbina hampir 2 billion tahun dahulu.

gc2

gc3

gc4

Antara fakta menarik mengenai Grand Canyon:

  • Grand Canyon telah menjadi Taman Negara Amerika pada tahun 1919.
  • Ia adalah taman negara ke-17 di Amerika Syarikat.
  • Grand Canyon menerima kunjungan lebih kurang 5 juta pelancong setiap tahun.
  • Ekspedisi pertama ke Grand Canyon telah dilakukan oleh John Wesley Powell pada tahun 1869.
  • Nama Grand Canyon telah diberikan oleh beliau.
  • Memerlukan permit jika ingin melakukan perkhemahan pada waktu malam.

Antara gaung-gaung yang lain adalah:

cc

copper-canyon-mexico

 

Copper Canyon di Chihuahua, Mexico

fishriver2

fishriver

Fish River Canyon, Namibia. Canyon yang terbesar di Afrika.

yrlg2

yrlg

Yarlung Tsangpo Grand Canyon, Tibet.

kali2

kali

Kali Gandaki Gorge, Nepal

~”The wonders of the Grand Canyon cannot be adequately represented in symbols of speech, nor by speech itself. The resources of the graphic art are taxed beyond their powers in attempting to portray its features. Language and illustration combined must fail.” – John Wesley Powell

 

Antara Air Terjun yang Menarik

Standard

images (2)

Apabila air dari sungai bertembung dengan tebing curam dan jatuh ke bawah, ia di panggil air terjun. Air terjun adalah antara ciptaan Tuhan yang sangat cantik, menarik ,mengagumkan dan menenangkan. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati kerana tenaga/kuasa dari air terjun ini sangat kuat dan boleh menyebabkan kes-kes lemas dan sebagainya.

images (1)

Tenaga atau kuasa dari air terjun ini sangat kuat. Banyak stesen janakuasa menggunakan air terjun untuk menghasilkan elektrik. Bagaimana ia terhasil?? Apabila air dari air terjun ini mengalir melalui paip bawah tanah, tenaga dari air terjun itu akan memutarkan roda dan enjin. Putaran itu akan membantu menghasilkan tenaga elektrik.

Antara air terjun yang menarik di dunia ialah:

Niagara-Falls1

images (3)

images (4)

Air Terjun Niagara

Air terjun Niagara sememangnya terkenal antara air terjun yang paling menarik. Ia terletak di Utara Amerika. Setiap saat, 3,160 tan air mengalir melalui air tejun ini pada kelajuan 20 batu sejam.

download (2)

download

download (1)

Angel Falls

Air terjun tertinggi di dunia adalah Angel Falls yang terletak di Venezuela. Air terjun ini mengalir dari atas gunung yang rata dan berketinggian lebih dari 3,000 kaki.

IGUAZU-WATERFALLS1

Air Terjun Iguazu, Argentina

Air terjun Iguazu terdiri daripada 250 air terjun dan 1.3 juta tan air mengalir setiap saat.

seljalandsfoss-chasing-waterfall

Air Terjun Chasing, Iceland

Air terjun Chasing mengalir setinggi 130 kaki dan kita masih lagi boleh melihat air terjun ini walaupun di bahagian belakang air terjun ini.

GOCTA-CATARACTS-PERU

Gocta Cataracts, Peru

Air terjun ini berada di dalam Hutan Amazon. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, air terjun ini membawa sumpahan kepada mereka.

jog-falls-india

Jog Falls, India

Dengan ketinggian 250 meter, Jog Falls adalah air terjun tertinggi di India. Ia juga menjana hydro-elektrik terbesar di India.

~Air Terjun Jelawang yang terletak di Kelantan  adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 303 meter~

Arnab a.k.a Kelinci

Standard

images (4)

Arnab adalah antara haiwan peliharaan yang sangat comel. Ia adalah haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpula famili Leporidae. Arnab mendapat nama dari bahasa Arab yang bermaksud arnab. Manakala kelinci digunakan dalam bahasa Indonesia. Ia berasal dari bahasa Belanda, konijntje yang bermaksud anak arnab. Manakala nama saintifik Leporidae pula berasal dari Lepus yang bermaksud arnab dalam bahasa Latin.

images (3)

Anak arnab tidak mempunyai bulu apabila dilahirkan. Maka, untuk memanaskan badan, anak arnab akan berpelukan antara satu sama lain di dalam tempat tinggal mereka.

download

Telinga arnab yang panjang boleh berpusing ke mana-mana arah untuk membantu arnab mendengar bunyi yang paling halus. Apabila merasai sebarang bahaya, arnab akan mengangkat kaki belakang mereka untuk memberitahu perkara itu kepada arnab-arnab yang lain.

download (1)

Kebiasaannya, arnab tinggal secara berkumpulan di dalam tanah. Mereka makan rumput, daun, lobak dan kulit pokok.

** 10 FAKTA MENARIK TENTANG ARNAB..

  1. Gigi arnab tidak pernah berhenti membesar
  2. Arnab tidak boleh muntah
  3. Kebiasaannya ibu arnab hanya menyusukan anak mereka 5 minit sehari
  4. Najis arnab adalah antara baja yang terbaik
  5. Arnab ada 28 gigi
  6. Arnab boleh melihat  bahagian belakang mereka, tetapi terdapat ‘blind spot’ di hadapan muka mereka
  7. Apabila arnab gembira, mereka akan melompat dan berpusing-pusing
  8. Arnab boleh mengandung seawal umur 3 bulan
  9. Arnab hanya berpeluh di bahagian tapak kaki mereka sahaja
  10. Arnab peliharaan boleh hidup sehingga 10 tahun

~”The difference between sentiment and being sentimental is the following: Sentiment is when a driver swerves out of the way to avoid hitting a rabbit on the road. Being sentimental is when the same driver, when swerving away from the rabbit, hits a pedestrian.”~ Frank Herbert 

Mamalia

Standard

mammalMamalia adalah 1 kumpulan binatang.Terdapat lebih 4,000 haiwan yang termasuk dalam kategori mamalia yang hidup di muka bumi ini.

Bagaimana mamalia lahir???

Mamalia membesar di dalam perut ibu mereka sehingga mereka di lahirkan. Kebanyakan mereka tidak menetas dari telur seperti burung atau reptilia.

Apa binatang yang termasuk dalam golongan mamalia??

Antaranya ialah:

  • arnab
  • kuda
  • zirafah
  • singa
  • panda
  • Rusa babi

Apa ciri-ciri binatang mamalia??

  • Mempunyai saraf tunjang.
  • Bertulang belakang.
  • Mempunyai jantung dengan 4 ruang.
  • Badan dilitupi oleh bulu.
  • Mempunyai cuping telinga.
  • Mempunyai kelenjar peluh.
  • Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat primitif
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas (suhu badan tetap).

ANDA JUGA ADALAH MAMALIA!!!!