Tag Archives: mamalia

Okapi

Standard

Dengan belang hitam putih di bahagian belakang badan dan kaki hadapan, Okapi sering dianggap mempunyai hubungan dengan keluarga kuda belang . Namun begitu, Okapi memiliki hubungan yang lebih dekat dengan zirafah. Sifat fizikalnya yang menyerupai kuda belang dan zirafah mencetuskan anggapan wujudnya perkacukkan di antara keduanya.

okapi2

Haiwan yang berasal dari Hutan Hujan Ituri di timur laut Republik Demokratik Congo ini mula ditemui oleh penduduk setempat pada tahun 1901.Okapi adalah gabungan 2 perkataan iaitu “oka” yang bermaksud “untuk memotong”. Manakala “kpi” pula menggambarkan bentuk anak panah “Efe” iaitu anak panah yang dibalut dengan …….. dan apabila di bakar ia meninggalkan kesan belang. Belang pada Okapi dikatakan datang dari kesan anak panah ini. Manakala mengikut lagenda Lese, Okapi dikatakan telah menghias sendiri kaki mereka dengan belang-belang ini.  

okapi3

 

Antara fakta-fakta menarik mengenai Okapi adalah:

  • Seperti zirafah, Okapi mempunyai telinga yang tegak dan besar. Ini membolehkan mereka mendengar suara yang halus dan sekaligus membantu mereka mengelakkan diri dari sebarang masalah.
  • Okapi jantan berdiri setinggi 1.5 meter

 

okapi4

  • Okapi betina tinggi sedikit berbanding Okapi jantan.
  • Berat Okapi diantara 200-300kg.
  • Okapi mempunyai mata yang besar.
  • Okapi juga mempunyai lidah yang panjang yang dapat membantunya membersihkan mata dan telinga.

okapi

  • Okapi adalah seekor haiwan yang pemalu dan selalu bersendirian.
  • Okapi makan buah-buahan, daun dan cendawan.

okapi5

  • Okapi mampu hidup sehingga 30 tahun dan diklasifikasikan sebagai haiwan yang hampir pupus. 
Advertisements

“Kudaku lari gagah berani..”

Standard

Kuda adalah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil, bulu tengkuk dan ekor yang panjang. Ia merupakan salah satu daripada 10 spesis moden dalam famili Equus. Nama saintifik kuda adalah Equus Caballus atau Equus Ferus Caballus.

kuda

Kuda memainkan peranan yang penting dalam ekonomi beribu-ribu tahun dahulu. Ia digunakan sebagai pengangkutan bagi manusia dan mengangkut barang-barang muatan.

Manusia juga membiakbakakan kuda mereka dengan pelbagai tujuan, sifat dan keupayaan. Contohnya Kuda Belima, dibakakan untuk melahirkan kuda dengan kelajuan yang diperlukan untuk perlumbaan kuda.

gg3

Kuda dilahirkan tanpa gigi. Diantara 6-9 bulan pertama kelahiran, anak kuda akan mempunyai kesemua gigi susu. Seperti manusia, kuda akan hilang kesemua gigi susu apabila memasuki umur 5-6 tahun.

gg

Gigi kuda mengambil ruang yang lebih banyak di bahagian kepala berbanding otak kuda itu sendiri. Bagi kuda dewasa, bilangan gigi kuda jantan adalah 40 batang gigi, manakala bagi kuda betina pula adalah 36 batang gigi.

gg2

Kebiasaannya, kuda tidur 2-3 jam sehari dan akan tidur lebih lama di musim panas berbanding musim sejuk. Kuda juga boleh berdiri secara baring dan juga berdiri. Dalam sehari, kuda hanya baring sekitar 43 minit sahaja.

images (1)

Antara fakta-fakta menarik tentang kuda adalah:

  • Kuda mempunyai ingatan yang lebih bagus berbanding gajah.
  • Kuda mempunyai mata yang paling besar berbanding dengan semua haiwan di daratan.
  • Di Australia, tiada kuda sehingga 1788.
  • Kuku kuda dianggarkan tumbuh 1/4 inci sebulan.
  • Kuda adalah ‘Maskot Kebangsaan’ bagi negari New Jersey.
  • Ford’s Mustang telah mendapat nama dari seekor kuda.
  • Kuda adalah mamalia herbivor
  • Kuda mempunyai 205 tulang
  • Kuda tidak suka pada bau babi
  • Anak kuda boleh berlari tidak lama selepas dilahirkan.

Arnab a.k.a Kelinci

Standard

images (4)

Arnab adalah antara haiwan peliharaan yang sangat comel. Ia adalah haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpula famili Leporidae. Arnab mendapat nama dari bahasa Arab yang bermaksud arnab. Manakala kelinci digunakan dalam bahasa Indonesia. Ia berasal dari bahasa Belanda, konijntje yang bermaksud anak arnab. Manakala nama saintifik Leporidae pula berasal dari Lepus yang bermaksud arnab dalam bahasa Latin.

images (3)

Anak arnab tidak mempunyai bulu apabila dilahirkan. Maka, untuk memanaskan badan, anak arnab akan berpelukan antara satu sama lain di dalam tempat tinggal mereka.

download

Telinga arnab yang panjang boleh berpusing ke mana-mana arah untuk membantu arnab mendengar bunyi yang paling halus. Apabila merasai sebarang bahaya, arnab akan mengangkat kaki belakang mereka untuk memberitahu perkara itu kepada arnab-arnab yang lain.

download (1)

Kebiasaannya, arnab tinggal secara berkumpulan di dalam tanah. Mereka makan rumput, daun, lobak dan kulit pokok.

** 10 FAKTA MENARIK TENTANG ARNAB..

  1. Gigi arnab tidak pernah berhenti membesar
  2. Arnab tidak boleh muntah
  3. Kebiasaannya ibu arnab hanya menyusukan anak mereka 5 minit sehari
  4. Najis arnab adalah antara baja yang terbaik
  5. Arnab ada 28 gigi
  6. Arnab boleh melihat  bahagian belakang mereka, tetapi terdapat ‘blind spot’ di hadapan muka mereka
  7. Apabila arnab gembira, mereka akan melompat dan berpusing-pusing
  8. Arnab boleh mengandung seawal umur 3 bulan
  9. Arnab hanya berpeluh di bahagian tapak kaki mereka sahaja
  10. Arnab peliharaan boleh hidup sehingga 10 tahun

~”The difference between sentiment and being sentimental is the following: Sentiment is when a driver swerves out of the way to avoid hitting a rabbit on the road. Being sentimental is when the same driver, when swerving away from the rabbit, hits a pedestrian.”~ Frank Herbert 

Mamalia

Standard

mammalMamalia adalah 1 kumpulan binatang.Terdapat lebih 4,000 haiwan yang termasuk dalam kategori mamalia yang hidup di muka bumi ini.

Bagaimana mamalia lahir???

Mamalia membesar di dalam perut ibu mereka sehingga mereka di lahirkan. Kebanyakan mereka tidak menetas dari telur seperti burung atau reptilia.

Apa binatang yang termasuk dalam golongan mamalia??

Antaranya ialah:

  • arnab
  • kuda
  • zirafah
  • singa
  • panda
  • Rusa babi

Apa ciri-ciri binatang mamalia??

  • Mempunyai saraf tunjang.
  • Bertulang belakang.
  • Mempunyai jantung dengan 4 ruang.
  • Badan dilitupi oleh bulu.
  • Mempunyai cuping telinga.
  • Mempunyai kelenjar peluh.
  • Mamalia betina melahirkan dan menyusukan anak, kecuali mamalia yang sangat primitif
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas (suhu badan tetap).

ANDA JUGA ADALAH MAMALIA!!!!